02 June 2009
Mengubat hati yang sedih
Dalam aku masih sedih atas pemergian opah kesayanganku, hatiku diubati dengan satu berita gembira. Balik dari kenduri sedara abang di Klang pada hari Ahad (31.05.09)..aku bagitau abg tentang periodku yang masih belum 'datang'. Abg terus singgah klinik kat ipoh untuk beli pregnancy test kid. Sampai umah, pas mandi aku pun test la...emm..alhamdulillah, naik 2 bar. Abg terus peluk aku. Insyaallah...zhafran akan dapat adik tak lama lagi.. :)Cuma aku agak risau sket sebab mase kat kenduri kawin aku syok dok makan tapai pulut, dalam 4-5 bungkus gak le...mintak0mintak takde ape kat kandungan aku. Semoga kandungan aku selamat dan tak sabar rasanya nak timang baby lagi... Bila tanya zhafran mana baby?...dia tunjuk kat perut dia..kelakar tol.. Semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh/ solehah, comel dan sihat macam zhafran...amin...
Kisah sedih
18.05.2009 - Adik telefon aku bagitau yang opah sakit, terlantar dan tak boleh bercakap apa dah. Aku rasa tak sedap hati. Memang sebelum ni, opah pernah sakit tapi taklah samapai tak boleh bercakap. Aku nak balik kampung tapi pagi tu aku jaga exam, so tengah hari aku amik pelepasan daripada bos untuk melawat opah. Aku pun drive ke Bidor dengan zhafran and sampai kat bidor dalam kol 4 ptg. Opah masih terlantar, tak bercakap apa tapi kaki dan tangannya bergerak-gerak. Aku call ambulans, dalam kol 5, ambulans sampai dan opah admit hospital tapah. Malamnya, opah dibawa ke hospital ipoh untuk scan otak dan doktor mengesahkan opah kena stroke di kedua-dua bahagian otaknya. Aku pulak, dalam kol 5.30 petang bawak abah pegi hospital teluk intan untuk pemeriksaan kakinya yang makin teruk, Abah kena admit hospital teluk intan dan kena potong lagi satu jari kaki esok.
19.05.2009 - Aku melawat opah di hospital tapah. Opah masih macam tu, bagi susu masuk ikut tiub tapi opah masih tidak sedarkan diri. Aku sedih lihat keadaan opah. Tengah hari aku pegi ke hospital teluk intan pulak untuk melawat abah. Dia akan masuk bilik pembedahan bila-bila masa je...on call. Balik dari teluk intan, aku flat ngat...tidur sampai kol 5...pastu kena gerak balik ipoh con esok (rabu) aku kena keja n bawak zhafran gi klinik utk checkup.
20.05.2009 - Petang rabu, aku bawak zhafran pegi klinik untuk cucuk. On the way nak balik mira call bagitau Opah kesayangan ku (Hajah Uteh Bt. Haji Muaid) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahku pada pukul lebih kurang 3.55 petang. Innalillah hi wainaalillah hirojiun...Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah opah yang telah pergi menyahut seruan Ilahi, dan aku terus balik rumah untuk packing barang sementara tunggu abg balik. 
Gambar yang diambil pada hari Ibu (10.05.2009)
Dari Kiri: Opah Tam, Opah , Opah Chik, cucu Opah Chik.
Gambar diambil seminggu sebelum opah terlantar sakit.
Al-Fatihah untuk arwah opah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..
04 February 2009
saat jemari menari di kekunci
"mama....nak...nak..nak...." - "nak apa??" - "ayiirrr..." Rase gembira dan bahagia sangat melayan kerenah zhafran yang dah pandai bertutur dan berkomunikasi sket2...kalau sebelum ni dia hanya pandai cakap dalam bahasa pingu je..sekarang dia dan pandai cakap bahasa manusia...dah pandai mintak dan suke mengajuk ape orang cakap. Geram aku dengan keletah zhafran...pernah sekali bawak zhafran pegi shopping kat greentown mall dengan kaknyah, memang letih dibuatnya. aku biar dia jalan tapi bile letak je terus mencicit lari sampai aku yang termengah-mengah nak kejar. kalau pegang tangan dia, boleh dia lembikkan badan tanda protes dan tak mahu dipegang. siap guling kat atas lantai lagi!! geram aku. nak dukung je mahu terseliuh pinggang aku...berat zhafran aku rase nak dekat 11 atau 12 kilo dah tu...mau patah pinggang dibuatnya. Sudahnya, kaknyah pegi cari trolley dan masukkan zhafran kat dalam trolley tu...bising gak la dia mintak keluar tapi kitorang wat tak layan je.. Baru aman kitorang nak bershopping2 hehehe...malam tu aku ngan kaknyah masak spagheti..(tapi aku tukang rase n tukang makan je..heheh)
04 January 2009
Kepenatan yang terlampau...
Untuk sepanjang minggu ini, rase penat sesangat coz kena attend class KDC and also kena tadah telinga untuk dengar presentation. Rase nak berasap telinga..ade yang sampai tertidur(termasuklah aku ngan jah) kat dalam kelas dek kerana penat n boring giler...cam presentation kelas puan azmanirah tadi..aku memang dah landing sket punye baik...letak tangan atas laptop dan ntah bile aku pun tak sedar diri aku dihanyutkan oleh suara-suara presenter..yang buat aku tersedar bile semua orang bising time pakcik nasran kuar nak present. Pakcik ni aku tgk muke dia nak tergelak...dengan muke selamba n loghat kelantan yang nak disembunyi tapi keluar jugak tu..buat orang macam tgk senario lak plak...anyway life goes on,kelas en. zahid dan pn. azmanirah telah setel. So, tinggal 4 subjek je lagi yang harus dikerjakan untuk minggu depan. Minggu depan??? cam lama lagi je...esok la..isnin. Lupe yang kelas KDC ni non-stop..isnin-ahad...memang power2 la lecturer poli n kk ni...hebat tahap cicakman...dan satu benda lagi yang aku nak mention kat sini..I MISS MY SON AND HUBBY!!!!!
02 December 2008
Farhan n Zhafran
Adik aku, shahril akan melangsungkan perkahwinannya insyaallah pada bulan mac 2009. Aku dah janji ngan mak nak buat langsir kawin. Aku cadang2 nak wat design cam kat sebelah ni. memang nampak rumit tapi puas hati kalau jadi. warna tema biru...aku nak match kan dengan badan langsir warna krim...malam tadi menjahit sampai kol 1 pagi baru siap untuk satu langsir tingkap..siap kena perli ngan abang ("ni kalau tak jahit langsir, kol 10 dah terbong kang dah.." hehehe)
p/s: sib baik zhafran tido pas maghrib, kalau tak aku rase zhafran yang tolong gunting langsir ni hehehe....
Subscribe to:
Posts (Atom)
