30 May 2008

Hikayat 3

Kereta ferrari tidak sama dengan kereta kelisa.dibandingkan dari mana-mana sudut, ramai yang akan kata kereta ferrari adalah lebih bagus. kalau hendak diukur dari segi laju; dengan kedua-dua kereta tidak mempunyai masalah enjin atau tayar, kereta ferrari adalah lebih laju. kalau hendak diukur dari segi rekabentuk, melihat ferrari orang akan berkata 'wah' atau 'fuiyo'. melihat kelisa orang akan berkata 'hmm' atau tidak berkata apa-apa. kalau hendak diukur dari segi gaya dan nilai komersil, kita sudah biasa melihat kereta ferrari dalam adegan kejar-mengejar menggunakan kereta dalam filem-filem dari luar negara tapi di malaysia sendiri pun jarang ada adegan yang melibatkan kereta kelisa.prestijnya kereta ferrari ini menyebabkan ini digolongkan sebagai barang mewah dan menjadi kekaguman kepada ramai orang. bagi orang lelaki dapat memecut ferrari di lebuhraya memberikan 'serbuan adrenalin' yang hampir menyamai kepuasan melakukan aktiviti-aktiviti lasak. bagi orang perempuan - kadang-kadang gaya dan kelihatan hebat adalah nombor satu. biasanya perempuan yang cantik-cantik sahaja yang menjadi kelindan kereta ferrari dan jika dapat berada di dalam kereta ferrari itu sudah dianggap satu bonus, digolongkan dalam golongan wanita cantik adalah bonus berganda.tetapi ada helahnya di sini.sebagus manapun ferrari, adalah tidak dapat disembunyikan tentang perlunya duit yang banyak. membelinya sahaja sudah memerlukan banyak duit. menjaganya memerlukan lagi banyak duit - cukai jalannya sudah menyamai harga sewa rumah, duit minyaknya bukan seringgit dua ringgit sudah boleh penuh satu tangki, kereta cantik mesti selalu berkilat, kereta cantik mana boleh main letak di tepi jalan sahaja. dan yang tidak boleh dielakkan ialah hasad manusia - ada manusia yang tidak boleh lihat orang lain senang. buat salah sikit dengan orang, mulalah dicalarnya kereta cantik kita itu. nampak kita leka sikit, mulalah dicurinya kereta laju kita itu.dan ini menyebabkan kereta kelisa menang dari satu sudut - duit. kereta kelisa murah, hendak menjaganya juga murah. memang tidak laju, memang tidak bergaya, memang tidak begitu cantik tetapi memandu dan memilikinya membuatkan kita rasa senang hati - kurang pakai duit dan kurang merisaukan. berapa banyak sangat kereta kelisa yang kena curi?

No comments: