24 December 2009
Berdebar menunggu kelahiran insan baru
Semalam aku pergi checkup ke Hospital Besar Ipoh..doktor beri penerangan tentang risiko bersalin normal selepas anak yang pertama dulu aku bersalin secara pembedahan. Doktor nasihatkan aku untuk cuba bersalin normal kali ni. Aku kalau boleh memang nak bersalin normal, nak rasa macam mana mak aku melahirkan aku dulu. Setiap sakit yang dirasakan masa nak melahirkan anak tu adalah pembersih dosa buat si ibu. Dan satu lagi berita gembiranya, mase doktor scan perut aku...doktor bagitau yang baby aku yang kedua ni nampak macam baby girl...emmm..kalau betul, Dania akan ade pesainglah!! Apa-apa pun aku sentiasa berdoa supaya bayi aku ni sihat dan selamat dilahirkan. Semoga Allah SWT permudahkan kelahiran baby ku kali ini...amin... Emmm...nak start usha nama anak pompuan pulak lah...hehehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment