28 October 2010
Pemergian yang pilu..
24/10/2010 merupakan tarikh yang paling menyayat hati keluarga kami. Pada hari ni lah Paklang aku (Hj. Sallehudin) telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Paklang ni merupakan adik mak aku dan satu-satunya adik lelaki mak aku. Pemergiannya sangat memilukan, paklang pergi pun secara mengejut je..kena serangan jantung. maklah orang yang paling banyak menangis mengenangkan adik lelakinya, satu-satunya dik lelaki yang menjadi tunggak dan harapan keluarga pergi menyusul ibunya arwah Hjh Uteh yang meninggalkan kami pada 20/05/2009. Terasa masih baru lagi keluarga bersedih dengan pemergian opah, kini kami sekali lagi bersedih dengan pemergian paklang yang mengejutkan ini. Terasa sukar untuk dipercayai seorang insan yang berhati mulia, tidak pernah lokek dengan senyuman, murah hati dan kuat bersedekah...bagitau je mana2 anak buah/ sedara mare nak buat kenduri kawen..paklang pasti menghulur sedikit wang buat perbelanjaan. Bagitau lah mane2 naka buah yang nak melanjutkan pelajaran..paklang lah org yang menyokong dan turut menyumbang duit. Aku ingat lagi mase aku dapat masuk sekolah teknik, paklang terus hulur duit kat mak..buat belanje aku ke sekolah asrama.. ttime aku kawin, time zhafran lahir, time raya...paklang tidak pernah lokek dengan kesenangan yang dia ada. Walaupun dah jenuh berjalan ke merata tempat pelosok dunia namunpaklang tetap paklang...tidak pernah gah malah sentiasa ada bsama2 dengan keluarga semasa kenduri kendara. setiap minggu paklang balik ke kampung mengulang atuk dan mak terutama setelah arwah opah menggalkan keluarga. sayu sgt hati bila mak cakap kat atuk"sape la nak ulang kita tiap2 minggu lepas ni ayah" ...mungkin sudah ketetapan Ilahi, insan yang baik itu sangat disayangi oleh ALLAH S.W.T dan siapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi. Andai kata sudah sampai masanya maka dia akan pergi tanpa lewat sesaat pun... Paklang tetap akan berada di dalam hati kami...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman...hanya ayat2 suci alquran yang mampu kami sedekahkan buat paklang...semoga tenang bersemadi di sana..al-fatihah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment