17 July 2008

My Full House

Hari ni nak masuk dua minggu aku n family dok kat umah baru. Lega rasa bile ade umah sendiri. Tak sangka sangat yang aku akan ada umah sendiri dalam masa terdekat ni tapi setelah berbincangan ngan my hubby, kitorang rase biar la susah2 sekarang asalkan ada harta untuk masa depan. Emmm....alhamdulillah proses pun tak amik mase yang lama...rezeki tu semakin murah..bersyukur sangat coz lepas kawin, banyak benda yang buat aku sedar akan sesuatu..rezeki tu dah dijanjikan oleh Allah S.W.T cume kena pandai control.. Biarpun aku ngan suami tak sempat lagi nak gi honeymoon (becoz of susah nak cuti n running out of money) dan bermewah-mewah...tapi sekurang-kurangnya kami hidup dalam keadaan yang selesa. Dan itu dah cukup memadai. Ditambah dengan kehadiran Zhafran...penat lelah aku balik dari kerja hilang sebaik nampak senyuman zhafran... :)

Aksi mengantuk yang terlampau


Aksi Zhafran




Haaa.............main getah rambut mama ye!!!!






Alamak!!! Kantoi!!!...hehehehehee

14 July 2008

My Heart




Ni gambar zhafran mase baru kuar dari bilik bedah. Kuar-kuar je dah pandai celik mata... tinggi muncung dari hidung hehehehe...

17 June 2008

Kursus DPLI

As usual, aku akan berangkat ke UTHM Johor untuk menyambung kursus diploma pendidikan aku. And for this time, i have to stay for 3 weeks...meraung la aku rindu giler baban kat hubby and baby. Sedih gile mase nak bertolak pada pagi ahad 15 jun 08 kol 9 pagi. My hubby ngan adik ipar(naif) antar aku ke stesen minyak petronas and then aku transit ke keta ayu utk gi ke johor. Kitorg arrived Johor around 4 pm gak coz benti byk kali and ayu pun bawak below 100 je since minyak dah naik ni. sampai je kat uthm kitorg terus check in ke hostel perwira but then quite tensen gak la coz dpt tingkat 4. Kurus aku camni...mane bole...hubby aku tak suke aku kurus-kurus ni..hehehe..(baik punye ayat)! so penat giler memunggah barang...malam tu aku terbongkang tak sedar diri... :)

30 May 2008

Hikayat 3

Kereta ferrari tidak sama dengan kereta kelisa.dibandingkan dari mana-mana sudut, ramai yang akan kata kereta ferrari adalah lebih bagus. kalau hendak diukur dari segi laju; dengan kedua-dua kereta tidak mempunyai masalah enjin atau tayar, kereta ferrari adalah lebih laju. kalau hendak diukur dari segi rekabentuk, melihat ferrari orang akan berkata 'wah' atau 'fuiyo'. melihat kelisa orang akan berkata 'hmm' atau tidak berkata apa-apa. kalau hendak diukur dari segi gaya dan nilai komersil, kita sudah biasa melihat kereta ferrari dalam adegan kejar-mengejar menggunakan kereta dalam filem-filem dari luar negara tapi di malaysia sendiri pun jarang ada adegan yang melibatkan kereta kelisa.prestijnya kereta ferrari ini menyebabkan ini digolongkan sebagai barang mewah dan menjadi kekaguman kepada ramai orang. bagi orang lelaki dapat memecut ferrari di lebuhraya memberikan 'serbuan adrenalin' yang hampir menyamai kepuasan melakukan aktiviti-aktiviti lasak. bagi orang perempuan - kadang-kadang gaya dan kelihatan hebat adalah nombor satu. biasanya perempuan yang cantik-cantik sahaja yang menjadi kelindan kereta ferrari dan jika dapat berada di dalam kereta ferrari itu sudah dianggap satu bonus, digolongkan dalam golongan wanita cantik adalah bonus berganda.tetapi ada helahnya di sini.sebagus manapun ferrari, adalah tidak dapat disembunyikan tentang perlunya duit yang banyak. membelinya sahaja sudah memerlukan banyak duit. menjaganya memerlukan lagi banyak duit - cukai jalannya sudah menyamai harga sewa rumah, duit minyaknya bukan seringgit dua ringgit sudah boleh penuh satu tangki, kereta cantik mesti selalu berkilat, kereta cantik mana boleh main letak di tepi jalan sahaja. dan yang tidak boleh dielakkan ialah hasad manusia - ada manusia yang tidak boleh lihat orang lain senang. buat salah sikit dengan orang, mulalah dicalarnya kereta cantik kita itu. nampak kita leka sikit, mulalah dicurinya kereta laju kita itu.dan ini menyebabkan kereta kelisa menang dari satu sudut - duit. kereta kelisa murah, hendak menjaganya juga murah. memang tidak laju, memang tidak bergaya, memang tidak begitu cantik tetapi memandu dan memilikinya membuatkan kita rasa senang hati - kurang pakai duit dan kurang merisaukan. berapa banyak sangat kereta kelisa yang kena curi?