Pemandangan yang kat belakang Zhafran tu bolehlah diabaikan...heheh
24 December 2009
Berdebar menunggu kelahiran insan baru
Semalam aku pergi checkup ke Hospital Besar Ipoh..doktor beri penerangan tentang risiko bersalin normal selepas anak yang pertama dulu aku bersalin secara pembedahan. Doktor nasihatkan aku untuk cuba bersalin normal kali ni. Aku kalau boleh memang nak bersalin normal, nak rasa macam mana mak aku melahirkan aku dulu. Setiap sakit yang dirasakan masa nak melahirkan anak tu adalah pembersih dosa buat si ibu. Dan satu lagi berita gembiranya, mase doktor scan perut aku...doktor bagitau yang baby aku yang kedua ni nampak macam baby girl...emmm..kalau betul, Dania akan ade pesainglah!! Apa-apa pun aku sentiasa berdoa supaya bayi aku ni sihat dan selamat dilahirkan. Semoga Allah SWT permudahkan kelahiran baby ku kali ini...amin... Emmm...nak start usha nama anak pompuan pulak lah...hehehe
Shopping kat Jusco
Malam tadi aku, abang,mira, zhafran dan anje pegi ke Jusco..nak beli buku rujukan untuk anje since dia nak SPM next year. Mira, zhafran ngan abang tunggu kat luar kedai buku popular je..wat muke boring je... Anje pulak ape lagi..shopping buku macam popular tu kedai bapak dia je dibuatnye. At last, dia beli buku Sains, Matematik, Ekonomi, Akaun dan Sejarah. Siap 2 buah buku untuk 1 subjek lagi. Konon satu buku rujukan, satu lagi buku latihan. Aku nak tengok dia buat abis tak buku latihan tu nanti... Ingatkan dah abis sampai situ...rupe-rupenya dia pegi sambung pulak shopping kat stationary nye corner...beli pensil case la, fail la,pen la...macam-macam... Mula janji nak beli buku rujukan je...hampessssss... Tak pasal2 aku buat kad ahli Popular, semata-mata untuk dapat diskaun...hehehe..penat giler bershopping, balik tu kitorg singgah kedai mamak...beli tapau je coz masing2 dah penat dan zhafran pun macam nak demam je badan dia...balik makan kat umah je laaa...
10 December 2009
30 November 2009
Masa yang cepat berlalu...
Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah 8 bulan usia kandungan kedua aku ni..tinggal sebulan lebih je utk melahirkan baby...barang2 baby pun dah beli sikit2...baju2 zhafran pun banyak yang boleh guna lagi..jimat..jimat.. Malam ni abang ajak aku gi scan kat poliklinik perdana, kat sunway city tambun. Tak sabar rasanya nak tgk perkembangan baby ni sebelum dilahirkan.. Malam tadi sikit nye kuat dia menunjal-nunjal perut aku...bila abang cakap ngan dia lagi kuat ditendangnya...senak rase..Zhafran pulak sejak akhir2 ni asyik nak melekap ngan aku je...nak tido dengan mama, nak susu kena mama buatkan, tido pun sekarang kena mama peluk...dulu elok je tido ngan baba dia..sampai kan kena gigit nyamuk pun nak mama jugak yang garu. Bila baba dia nak garu...mengamuk2 tak nak...macam saje je nak manja lebih2...macam jeles ngan adik dia je nanti nih...
Subscribe to:
Posts (Atom)

