04 February 2009

saat jemari menari di kekunci

"mama....nak...nak..nak...." - "nak apa??" - "ayiirrr..." Rase gembira dan bahagia sangat melayan kerenah zhafran yang dah pandai bertutur dan berkomunikasi sket2...kalau sebelum ni dia hanya pandai cakap dalam bahasa pingu je..sekarang dia dan pandai cakap bahasa manusia...dah pandai mintak dan suke mengajuk ape orang cakap. Geram aku dengan keletah zhafran...pernah sekali bawak zhafran pegi shopping kat greentown mall dengan kaknyah, memang letih dibuatnya. aku biar dia jalan tapi bile letak je terus mencicit lari sampai aku yang termengah-mengah nak kejar. kalau pegang tangan dia, boleh dia lembikkan badan tanda protes dan tak mahu dipegang. siap guling kat atas lantai lagi!! geram aku. nak dukung je mahu terseliuh pinggang aku...berat zhafran aku rase nak dekat 11 atau 12 kilo dah tu...mau patah pinggang dibuatnya. Sudahnya, kaknyah pegi cari trolley dan masukkan zhafran kat dalam trolley tu...bising gak la dia mintak keluar tapi kitorang wat tak layan je.. Baru aman kitorang nak bershopping2 hehehe...malam tu aku ngan kaknyah masak spagheti..(tapi aku tukang rase n tukang makan je..heheh)