24 December 2009

Aksi Terlampau Zhafran


Pemandangan yang kat belakang Zhafran tu bolehlah diabaikan...heheh

Berdebar menunggu kelahiran insan baru

Semalam aku pergi checkup ke Hospital Besar Ipoh..doktor beri penerangan tentang risiko bersalin normal selepas anak yang pertama dulu aku bersalin secara pembedahan. Doktor nasihatkan aku untuk cuba bersalin normal kali ni. Aku kalau boleh memang nak bersalin normal, nak rasa macam mana mak aku melahirkan aku dulu. Setiap sakit yang dirasakan masa nak melahirkan anak tu adalah pembersih dosa buat si ibu. Dan satu lagi berita gembiranya, mase doktor scan perut aku...doktor bagitau yang baby aku yang kedua ni nampak macam baby girl...emmm..kalau betul, Dania akan ade pesainglah!! Apa-apa pun aku sentiasa berdoa supaya bayi aku ni sihat dan selamat dilahirkan. Semoga Allah SWT permudahkan kelahiran baby ku kali ini...amin... Emmm...nak start usha nama anak pompuan pulak lah...hehehe

Shopping kat Jusco

Malam tadi aku, abang,mira, zhafran dan anje pegi ke Jusco..nak beli buku rujukan untuk anje since dia nak SPM next year. Mira, zhafran ngan abang tunggu kat luar kedai buku popular je..wat muke boring je... Anje pulak ape lagi..shopping buku macam popular tu kedai bapak dia je dibuatnye. At last, dia beli buku Sains, Matematik, Ekonomi, Akaun dan Sejarah. Siap 2 buah buku untuk 1 subjek lagi. Konon satu buku rujukan, satu lagi buku latihan. Aku nak tengok dia buat abis tak buku latihan tu nanti... Ingatkan dah abis sampai situ...rupe-rupenya dia pegi sambung pulak shopping kat stationary nye corner...beli pensil case la, fail la,pen la...macam-macam... Mula janji nak beli buku rujukan je...hampessssss... Tak pasal2 aku buat kad ahli Popular, semata-mata untuk dapat diskaun...hehehe..penat giler bershopping, balik tu kitorg singgah kedai mamak...beli tapau je coz masing2 dah penat dan zhafran pun macam nak demam je badan dia...balik makan kat umah je laaa...

30 November 2009

Masa yang cepat berlalu...

Cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah 8 bulan usia kandungan kedua aku ni..tinggal sebulan lebih je utk melahirkan baby...barang2 baby pun dah beli sikit2...baju2 zhafran pun banyak yang boleh guna lagi..jimat..jimat.. Malam ni abang ajak aku gi scan kat poliklinik perdana, kat sunway city tambun. Tak sabar rasanya nak tgk perkembangan baby ni sebelum dilahirkan.. Malam tadi sikit nye kuat dia menunjal-nunjal perut aku...bila abang cakap ngan dia lagi kuat ditendangnya...senak rase..Zhafran pulak sejak akhir2 ni asyik nak melekap ngan aku je...nak tido dengan mama, nak susu kena mama buatkan, tido pun sekarang kena mama peluk...dulu elok je tido ngan baba dia..sampai kan kena gigit nyamuk pun nak mama jugak yang garu. Bila baba dia nak garu...mengamuk2 tak nak...macam saje je nak manja lebih2...macam jeles ngan adik dia je nanti nih...

Zhafran semput


16 November 2009

Minggu yang mandom..

Sepanjang minggu lepas, kami satu family tak sihat. Aku dengan semput dan batuknya...siap dua kali pergi sedut gas katklinik, belum kire inhaler yang aku sedut setiap 4 jam...penat nye menanggung sesak di dada. Zhafran pulak dah 2, 3 hari deman, muntah2, batuk and semput jugak. Asal malam je muntah...abis tilam bantakl sumer kena jemur...dah le musin hujan sekarang ni...sabor je la aku.. hubby pun lebih kurang...batuk and semput. Memang sehati sejiawa betol satu family dapat semput serentak nih! Tiap2 malam masing2 dok lawan irama nafas yang pelbagai..ada yang wat irama tradisional, dangdut dan rock..hehe...Alhamdulilah...semalam aku gi klinik takwa...amik ubat yang aku rase serasi la..dah kurang aku nye semput...hubby n zhafran pun dah makin ok...

12 November 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan-3

Buat suami tersayang, Mohd Firdaus Othman, Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ketiga (10-11-2009). Semoga rumahtangga yang kita bina berkekalan hingga ke akhir hayat. Baby sentiasa mencintai abang...muahhh...

Selamat hari jadi Zhafran

Selamat hari jadi buat anakanda tersayang, Muhammad Zhafran Affef (10-11-09). Genap dua tahun umur Zhafran, perangai pun dah macam2...mulut asyik membebel dan menyanyi je...tengah dok main...sibuk datang kat aku tanya.."mama...mama wat pe??"...aku pun jawab le..."tengah masak.." ...dia balas pulak..."macak...ooooooooo....macak...nak macak.."..sabor je le aku dengan kerenah Zhafran ni... Bulan ni kitorang dah start hantar Zhafran ke Taska. Ape lagi, balik je dari Taska...asyik menyanyi je....suke bebenor...ade la dalam 3-4 buah lagu yang dia dah hafal dan boleh nyanyi...antaranya lagu are you sleeping, pukul 6 pagi, 1..2..3.. dan ape lagi ntah..kadang2 aku pun tak paham lagu ape yang dia nyanyi...pelat sangat!! Tapi yang kesiannya, genap je umur Zhafran 2 tahun...terus demam + semput lak dia. Semalam, aku ngan hubby bawak Zhafran gi klinik, ambil ubat batuk n kena sedut gas untuk kurangkan semput. Tak cukup tidur la semalam, Zhafram muntah2 n meragam sepanjang malam. Mama doakan Zhafran cepat sembuh dan sihat selalu....

23 October 2009

Percutian 3 hari 2 malam

Tak pasal2 je aku dapat percutian 3 hari 2 malam di Hospital Besar Ipoh. Kisahnya bermula pada petang isnin. Aku rasa sakit perut dan pinggang yang sangat..ala-ala sakit nak bersalin. Tapi baby baru 6 bulan setengah. Aku tak larat nak drive so aku call abang untuk hantar gi hospital. Sampai je kat dewan bersalin, memang kena admit ward la..doktor cucuk kat bontot sekali untuk kuatkan paru-paru baby. takut2 aku terbersalin baby pramatang. Subuh esoknye kena cucuk sekali lagi...pedih giler... sib baik contraction tu sekali je..terus aku dipindahkan ke wad biase sampai ari Rabu baru leh discharge. Mak ngan abah datang lawat aku hari selasa petang. adik bawak keta..siap bawak zhafran sekali... Abang dah riso dah..ye la...baby baru 6 bulan setengah, barang baby tak siap ape lagi. Kalau bersalin tak cukup bulan nampaknye kena sambar je la barang2 zhafran dulu...hehehe...doktor bagi MC sampai ari khamis so, ari khamis tu aku berehat kat umah...

14 October 2009

Bonda yang kusayangi


Inilah wajah bonda tersayang, Maimun Binti Haji Yusof. Seorang wanita yang telah banyak berjasa kepadaku dan keluarga. Memandang tapak tangan mak yang kasar mengingatkan aku betapa tangan itulah yang telah menyuapku, memelukku, membelaiku, menenangkanku. Melihat wajah mak yang semakin dimamah usia mengingatkanku bahawa wajah itulah yang mendamaikan hatiku, memujuk aku dan membesarkan aku di dalam kasih sayang. mak, pengorbanan mak terlalu besar untuk dihitung...

Falsafah Hari Ini

" SEBENARNYA TIADA PEKERJAAN YANG ADA MASA DEPAN, MASA DEPAN YANG SEBENAR TERLETAK DI TANGAN PEKERJA ITU SENDIRI..."
-DR. GEORGE W. CRANE-

13 October 2009

Mama n Zhafran

Gambar diambil semasa pergi beraya ke rumah De Teluk Intan.

Doa mudah bersalin

Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin

Doa untuk dapat anak soleh

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّÙ†َا ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù…ُسْÙ„ِÙ…َÙŠْÙ†ِ Ù„َÙƒَ ÙˆَÙ…ِÙ† Ø°ُرِّÙŠَّتِÙ†َØ¢ Ø£ُÙ…َّØ©ً Ù…ُّسْÙ„ِÙ…َØ©ً Ù„َّÙƒَ ÙˆَØ£َرِÙ†َا Ù…َÙ†َاسِÙƒَÙ†َا Ùˆَتُبْ عَÙ„َÙŠْÙ†َØ¢ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َنتَ التَّÙˆَّابُ الرَّØ­ِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Bila si cilik berpossing















































































Gambar lepak di KLIA














































Orang Bidor kat KLIA???

Alhamdulillah...pada hari Sabtu 10/10/09 lepas, aku n keluarga Bidor ramai-ramai memenuhkan ruang di KLIA untuk menghantar kaknyah yang akan fly ke New Zealand utk further study...riuh rendah KLIA dibuat dek orang Jeram Mengkuang n orang Kg. Delek.. Pagi tu, aku kuar dari rumah kol 9.15 ngan zhafran, singgah medan gopeng ambik jodi , k.yantin nia. sampai bidor dalam kol 11, around 12 kitorang bergerak ke KL. Exit sg. buloh terus pegi umah andak...makan + mandi + rehat, dalam kol 4 lebih mune sampai dan kitorang pun gerak ke KLIA dalam kol 5. Nak dijadikan citer...keta aku ngan mune dah follow cantik...tapi kancil si adik lak sangkut. Nasib telinge le kena mendengor abah membebel..kena lak kitorg patah balik menjemput kancil yang tersesat di bandar gombak...hampeh!!! Lepas tu...acara folow-memfollow, drift mendrift dan cucuk mencucuk pun berlangsung dengan meriahnya. takut tak sempat nak jumpe kaknyah sebab kanyah akan berlepas dalam kol 8 lebih...sian kat mak le kalau tak sempat jumpe. Sib baik kitorang sampai KLIA aroung 7 lebih, cari pintu 4...dari jauh dah nampak kaknyah senym lebor..mak dah merah mate n berair...ade dua sebab yang aku tau. Yang pertama sebab sedih nak berpisah dengan kanyah, yang kedua mesti dah kena bebel n marah dek abah mase sesat tadi...tidak syak lagi!!! Lepas je antar kaknyah naik flight...kitorang terus konvoi g umah shahril kat PD. Salah time le pulak...jalan jem sebab esoknye orang ngundi kat PD. Last2, kitorg ikut jalan lame...rade dekat tapi nak tercabut jantung aku, jalan bengkang benkok..rase nak patah pinggang bile diorang dok wat jalan tu can litar F1...adus... sampai rumah shahril terus makan (lapar gilerrrr), mandi n tido..zzzzzzzzzzzzz...........

01 October 2009

Raya 2009 di Kelantan

Tahun ni aku ngan family beraya di kampung suami...Tumpat Kelantan. Meriah jugak sebab mase ni boleh kumpul n jumpe sumer family. Yang best nya, sehari sebelum raya, mak sedara nak buat akikah cucu dia...so, sembelih 2 ekor kambing biri2. Tukang melapah kamping punye le ramai...termasuklah 2 orang budak kecik yang turut menyibuk...bukti disertakan di bawah...
baju biru: "ko pegang...bile aku cakap tarik, ko tarik kuat2 tau..!!"
baju merah: "takpe ke...??? Nanti mama dia tak marah ke kite tarik dia ni..??"
baju biru: "Takpe..mama dia pegi shopping raya..ok...1..2..3..tarikkk..!!"
baju merah: "Adus...nak terkentut aku tarik kambing ni..."








Atuk:"Bulu kambing biri ni..wat baju sejuk best jugak nih!!" Cucu:
"Kambing...nak salam!! Selamat Hari Raya..! Nak duit raya!!"

















Zhafran: "Baba...kenapa baba buka baju kambing ni??"
Baba: "Baba nak mandikan dia...sebab tu buka baju.."
Zhafran: "Tapi kenapa sapu bedak sebelum mandi?? Biase Baba mandi zhafran dulu baru sapu bedak.."
Baba: Ni bukan bedak...ni sabun...(banyak tanye pulak budak ni!!)"

Zhafran: "La...macam ni je mandikan kambing???"
Baba: "Ok le tu...jimat air..hehehe.."



Zhafran: "Fuh...penat aku melapah kambing ari ni...Pecah lemak-lemak aku..nak tido lah...kumpul lemak balik.."

Sekitar Raya 2009











02 June 2009

Mengubat hati yang sedih

Dalam aku masih sedih atas pemergian opah kesayanganku, hatiku diubati dengan satu berita gembira. Balik dari kenduri sedara abang di Klang pada hari Ahad (31.05.09)..aku bagitau abg tentang periodku yang masih belum 'datang'. Abg terus singgah klinik kat ipoh untuk beli pregnancy test kid. Sampai umah, pas mandi aku pun test la...emm..alhamdulillah, naik 2 bar. Abg terus peluk aku. Insyaallah...zhafran akan dapat adik tak lama lagi.. :)Cuma aku agak risau sket sebab mase kat kenduri kawin aku syok dok makan tapai pulut, dalam 4-5 bungkus gak le...mintak0mintak takde ape kat kandungan aku. Semoga kandungan aku selamat dan tak sabar rasanya nak timang baby lagi... Bila tanya zhafran mana baby?...dia tunjuk kat perut dia..kelakar tol.. Semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh/ solehah, comel dan sihat macam zhafran...amin...

Kisah sedih

18.05.2009 - Adik telefon aku bagitau yang opah sakit, terlantar dan tak boleh bercakap apa dah. Aku rasa tak sedap hati. Memang sebelum ni, opah pernah sakit tapi taklah samapai tak boleh bercakap. Aku nak balik kampung tapi pagi tu aku jaga exam, so tengah hari aku amik pelepasan daripada bos untuk melawat opah. Aku pun drive ke Bidor dengan zhafran and sampai kat bidor dalam kol 4 ptg. Opah masih terlantar, tak bercakap apa tapi kaki dan tangannya bergerak-gerak. Aku call ambulans, dalam kol 5, ambulans sampai dan opah admit hospital tapah. Malamnya, opah dibawa ke hospital ipoh untuk scan otak dan doktor mengesahkan opah kena stroke di kedua-dua bahagian otaknya. Aku pulak, dalam kol 5.30 petang bawak abah pegi hospital teluk intan untuk pemeriksaan kakinya yang makin teruk, Abah kena admit hospital teluk intan dan kena potong lagi satu jari kaki esok.

19.05.2009 - Aku melawat opah di hospital tapah. Opah masih macam tu, bagi susu masuk ikut tiub tapi opah masih tidak sedarkan diri. Aku sedih lihat keadaan opah. Tengah hari aku pegi ke hospital teluk intan pulak untuk melawat abah. Dia akan masuk bilik pembedahan bila-bila masa je...on call. Balik dari teluk intan, aku flat ngat...tidur sampai kol 5...pastu kena gerak balik ipoh con esok (rabu) aku kena keja n bawak zhafran gi klinik utk checkup.

20.05.2009 - Petang rabu, aku bawak zhafran pegi klinik untuk cucuk. On the way nak balik mira call bagitau Opah kesayangan ku (Hajah Uteh Bt. Haji Muaid) telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahku pada pukul lebih kurang 3.55 petang. Innalillah hi wainaalillah hirojiun...Aku hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah opah yang telah pergi menyahut seruan Ilahi, dan aku terus balik rumah untuk packing barang sementara tunggu abg balik.
Gambar yang diambil pada hari Ibu (10.05.2009)
Dari Kiri: Opah Tam, Opah , Opah Chik, cucu Opah Chik.
Gambar diambil seminggu sebelum opah terlantar sakit.
Al-Fatihah untuk arwah opah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..amin..

04 February 2009

saat jemari menari di kekunci

"mama....nak...nak..nak...." - "nak apa??" - "ayiirrr..." Rase gembira dan bahagia sangat melayan kerenah zhafran yang dah pandai bertutur dan berkomunikasi sket2...kalau sebelum ni dia hanya pandai cakap dalam bahasa pingu je..sekarang dia dan pandai cakap bahasa manusia...dah pandai mintak dan suke mengajuk ape orang cakap. Geram aku dengan keletah zhafran...pernah sekali bawak zhafran pegi shopping kat greentown mall dengan kaknyah, memang letih dibuatnya. aku biar dia jalan tapi bile letak je terus mencicit lari sampai aku yang termengah-mengah nak kejar. kalau pegang tangan dia, boleh dia lembikkan badan tanda protes dan tak mahu dipegang. siap guling kat atas lantai lagi!! geram aku. nak dukung je mahu terseliuh pinggang aku...berat zhafran aku rase nak dekat 11 atau 12 kilo dah tu...mau patah pinggang dibuatnya. Sudahnya, kaknyah pegi cari trolley dan masukkan zhafran kat dalam trolley tu...bising gak la dia mintak keluar tapi kitorang wat tak layan je.. Baru aman kitorang nak bershopping2 hehehe...malam tu aku ngan kaknyah masak spagheti..(tapi aku tukang rase n tukang makan je..heheh)

04 January 2009

Kepenatan yang terlampau...

Untuk sepanjang minggu ini, rase penat sesangat coz kena attend class KDC and also kena tadah telinga untuk dengar presentation. Rase nak berasap telinga..ade yang sampai tertidur(termasuklah aku ngan jah) kat dalam kelas dek kerana penat n boring giler...cam presentation kelas puan azmanirah tadi..aku memang dah landing sket punye baik...letak tangan atas laptop dan ntah bile aku pun tak sedar diri aku dihanyutkan oleh suara-suara presenter..yang buat aku tersedar bile semua orang bising time pakcik nasran kuar nak present. Pakcik ni aku tgk muke dia nak tergelak...dengan muke selamba n loghat kelantan yang nak disembunyi tapi keluar jugak tu..buat orang macam tgk senario lak plak...anyway life goes on,kelas en. zahid dan pn. azmanirah telah setel. So, tinggal 4 subjek je lagi yang harus dikerjakan untuk minggu depan. Minggu depan??? cam lama lagi je...esok la..isnin. Lupe yang kelas KDC ni non-stop..isnin-ahad...memang power2 la lecturer poli n kk ni...hebat tahap cicakman...dan satu benda lagi yang aku nak mention kat sini..I MISS MY SON AND HUBBY!!!!!