28 October 2010

Hari-hari yang memenatkan

Emmm...back to normal... yang hidup perlu meneruskan hidup ini. Atas segala yang telah berlaku, kita tidak perlu terus berhiba...meneruskan hidup ini dan menerima segala dugaan yang datang. Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Dengan kerja2 yang semakin bertimbun dan student yang akan exam tak lama lagi telah cukup untuk menambahkan lelah aku bekerja seharian di pejabat. dengan nak menguruskan pelajar yang akan LI, orang KL pulak nak dtg memeriksa aset yang nak dilupuskan..serabut rasanya. nak minta cuti pun tak dapat...raya haji kedua pun dah kena masuk opis..utk meeting exam. jiwa kacau btol. sib bek ade putera n puteri yang mendamaikan hati...tgk muke dorg time balik keja..happy je rase...tgk muke suami yg turut same keletihan bekerja sepanjang hari membuatkan aku sedar bahawa amanah ALLAH itu tidak semudah mana kerana ganjaran yang diberikan juga pasti setimpal dengan amanah yang dipikul. Maka, walaupun penat bekerja, aku tak boleh la lalai dgn tanggung jawab aku sbg seorg isteri. cume untung juge le kdg2 suami tak makan malam...dan kdg2 adik aku yg keja restoran tu akan bwk balik mknn...sampai penuh peti asi umah aku...huhuhu...

Pemergian yang pilu..

24/10/2010 merupakan tarikh yang paling menyayat hati keluarga kami. Pada hari ni lah Paklang aku (Hj. Sallehudin) telah pergi meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Paklang ni merupakan adik mak aku dan satu-satunya adik lelaki mak aku. Pemergiannya sangat memilukan, paklang pergi pun secara mengejut je..kena serangan jantung. maklah orang yang paling banyak menangis mengenangkan adik lelakinya, satu-satunya dik lelaki yang menjadi tunggak dan harapan keluarga pergi menyusul ibunya arwah Hjh Uteh yang meninggalkan kami pada 20/05/2009. Terasa masih baru lagi keluarga bersedih dengan pemergian opah, kini kami sekali lagi bersedih dengan pemergian paklang yang mengejutkan ini. Terasa sukar untuk dipercayai seorang insan yang berhati mulia, tidak pernah lokek dengan senyuman, murah hati dan kuat bersedekah...bagitau je mana2 anak buah/ sedara mare nak buat kenduri kawen..paklang pasti menghulur sedikit wang buat perbelanjaan. Bagitau lah mane2 naka buah yang nak melanjutkan pelajaran..paklang lah org yang menyokong dan turut menyumbang duit. Aku ingat lagi mase aku dapat masuk sekolah teknik, paklang terus hulur duit kat mak..buat belanje aku ke sekolah asrama.. ttime aku kawin, time zhafran lahir, time raya...paklang tidak pernah lokek dengan kesenangan yang dia ada. Walaupun dah jenuh berjalan ke merata tempat pelosok dunia namunpaklang tetap paklang...tidak pernah gah malah sentiasa ada bsama2 dengan keluarga semasa kenduri kendara. setiap minggu paklang balik ke kampung mengulang atuk dan mak terutama setelah arwah opah menggalkan keluarga. sayu sgt hati bila mak cakap kat atuk"sape la nak ulang kita tiap2 minggu lepas ni ayah" ...mungkin sudah ketetapan Ilahi, insan yang baik itu sangat disayangi oleh ALLAH S.W.T dan siapalah kita untuk menidakkan takdir Ilahi. Andai kata sudah sampai masanya maka dia akan pergi tanpa lewat sesaat pun... Paklang tetap akan berada di dalam hati kami...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman...hanya ayat2 suci alquran yang mampu kami sedekahkan buat paklang...semoga tenang bersemadi di sana..al-fatihah..

Kehadiran insan baru










Tanggal 9/2/2010 lahirlah putera sulung bagi adikku (Shahril) dan diberi nama Muhammad Harris Ikhwan. Now harris dah 8 bulan, lebih kurang sebaya dengan Zulaikha cuma bezanya harris sangat lah tembam. Badan harrid dah macm budak umur setahun...semangat... Teringat zhafran mase kecik, bdn dia same la mcm bdn harris skrg ni, montel, debab..buat sume org rase nak cubit2 je.... So, dah 5 orang le cucu Tok Saad dan Opah Memon...tapi harris bukan penutup bg tahun 2010 kerana bini abang aku (Jodi) pulak tgh dalam waiting list...dijangka lepas raya bulan 10 tahun 2010 jugak. Maka pada tanggal 11/10/2010 lahirlah puteri kedua di dalam keluarga abangku bagi mencukupkan kesemua jumlah cucu Tok Saad n Opah Maimun seramai 6 orang... Puteri diberi nama Nur Damya Safira...comel seindah namanya. So, Dania dah jadi kaka...tapi masih lagi dengan tabiatnya..suke mencubit....Dania kena jaga adik baik2 tau...

Nur Alisha Firzanah @ Zulaikha







Puteri ku kini sudah menjangkau usia 9 bulan...emmm..disebabkan kerap sgt demam, kami gelar puteri kami dengan nama Zulaikha atau nama manjanya ekha. Sekarang ekha dah pandai berdiri dan meniti sikit2. buasnya boleh tahan...lebih kurang zhafran mase kecik dulu juge. Dah pandai tepuk amai2, bye2, cak cekur udang gamit...dan yang paling nakal dah pandai pukul abanglong dia. kdg2 time zhafran tgh tido pun dia merangkak kat abanglong n pukul kepala abanglong..sabo je le zhafran... zulaikha ni ramai yang konpius dia ikut muke sape...ntah le aku rase mcm ikut muke belah suami cume kulit je ikut aku.. dengan mata bulatnya, bulu mata melentik dan mulut luasnya time gelak buat orang geram je. Kadang2 muke dia gelak ngan muke nak nangis lebih kurang je...mulut nganga luas betul.. kalau time nak susu lagi la, suara satu rumah boleh bergegar.. Tapi, inilah permata hati kami..merenung wajah zhafran dan zulaikha membuatkan aku tenang dan hilang segala penat lelah... Mama n Baba sayang sangat2 kat Zhafran n Zulaikha..muahhhhssss...........

My Family @ Raya 2010


Rinduuuuu...

Waaaa...nak dekat 7, 8 bulan juge aku tak update blog kesayangan aku ni...Antara alasan yang boleh aku senaraikan 1) Sibuk menguruskan diri, suami dan anak2 2) sibuk meneruskan tugas sebagai pendidik tambahan pula semester ni aku ngajar subjek baru. So, kena strugle sket laaa.. 3) Banyak sangat kejadian yang terjadi di dalam hidup aku yang menyebabkan aku leka dan lalai untuk mengupdate blog ni. 4) aku dah jadi FB addict hingga tak sempat nak update blog, rase tangan tu laju je nak buka www.facebook.com... ok, aku rase 4 alasan tu dah cukup untuk menguatkan hujah kenapa aku nya blog ni dah b ersawang. rindunye kat blog ni..ade byk gamabar2 yang penuh nostalgia kat sini. pasni insyaallah aku akan update n upload gambar2 terkini keluarga kami.. dan juga gambar si kecilku Nur Alisha Firzanah yang dah menjangkau 9 bulan.. :)