23 October 2009

Percutian 3 hari 2 malam

Tak pasal2 je aku dapat percutian 3 hari 2 malam di Hospital Besar Ipoh. Kisahnya bermula pada petang isnin. Aku rasa sakit perut dan pinggang yang sangat..ala-ala sakit nak bersalin. Tapi baby baru 6 bulan setengah. Aku tak larat nak drive so aku call abang untuk hantar gi hospital. Sampai je kat dewan bersalin, memang kena admit ward la..doktor cucuk kat bontot sekali untuk kuatkan paru-paru baby. takut2 aku terbersalin baby pramatang. Subuh esoknye kena cucuk sekali lagi...pedih giler... sib baik contraction tu sekali je..terus aku dipindahkan ke wad biase sampai ari Rabu baru leh discharge. Mak ngan abah datang lawat aku hari selasa petang. adik bawak keta..siap bawak zhafran sekali... Abang dah riso dah..ye la...baby baru 6 bulan setengah, barang baby tak siap ape lagi. Kalau bersalin tak cukup bulan nampaknye kena sambar je la barang2 zhafran dulu...hehehe...doktor bagi MC sampai ari khamis so, ari khamis tu aku berehat kat umah...

14 October 2009

Bonda yang kusayangi


Inilah wajah bonda tersayang, Maimun Binti Haji Yusof. Seorang wanita yang telah banyak berjasa kepadaku dan keluarga. Memandang tapak tangan mak yang kasar mengingatkan aku betapa tangan itulah yang telah menyuapku, memelukku, membelaiku, menenangkanku. Melihat wajah mak yang semakin dimamah usia mengingatkanku bahawa wajah itulah yang mendamaikan hatiku, memujuk aku dan membesarkan aku di dalam kasih sayang. mak, pengorbanan mak terlalu besar untuk dihitung...

Falsafah Hari Ini

" SEBENARNYA TIADA PEKERJAAN YANG ADA MASA DEPAN, MASA DEPAN YANG SEBENAR TERLETAK DI TANGAN PEKERJA ITU SENDIRI..."
-DR. GEORGE W. CRANE-

13 October 2009

Mama n Zhafran

Gambar diambil semasa pergi beraya ke rumah De Teluk Intan.

Doa mudah bersalin

Laila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin

Doa untuk dapat anak soleh

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم

Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.

Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Bila si cilik berpossing















































































Gambar lepak di KLIA














































Orang Bidor kat KLIA???

Alhamdulillah...pada hari Sabtu 10/10/09 lepas, aku n keluarga Bidor ramai-ramai memenuhkan ruang di KLIA untuk menghantar kaknyah yang akan fly ke New Zealand utk further study...riuh rendah KLIA dibuat dek orang Jeram Mengkuang n orang Kg. Delek.. Pagi tu, aku kuar dari rumah kol 9.15 ngan zhafran, singgah medan gopeng ambik jodi , k.yantin nia. sampai bidor dalam kol 11, around 12 kitorang bergerak ke KL. Exit sg. buloh terus pegi umah andak...makan + mandi + rehat, dalam kol 4 lebih mune sampai dan kitorang pun gerak ke KLIA dalam kol 5. Nak dijadikan citer...keta aku ngan mune dah follow cantik...tapi kancil si adik lak sangkut. Nasib telinge le kena mendengor abah membebel..kena lak kitorg patah balik menjemput kancil yang tersesat di bandar gombak...hampeh!!! Lepas tu...acara folow-memfollow, drift mendrift dan cucuk mencucuk pun berlangsung dengan meriahnya. takut tak sempat nak jumpe kaknyah sebab kanyah akan berlepas dalam kol 8 lebih...sian kat mak le kalau tak sempat jumpe. Sib baik kitorang sampai KLIA aroung 7 lebih, cari pintu 4...dari jauh dah nampak kaknyah senym lebor..mak dah merah mate n berair...ade dua sebab yang aku tau. Yang pertama sebab sedih nak berpisah dengan kanyah, yang kedua mesti dah kena bebel n marah dek abah mase sesat tadi...tidak syak lagi!!! Lepas je antar kaknyah naik flight...kitorang terus konvoi g umah shahril kat PD. Salah time le pulak...jalan jem sebab esoknye orang ngundi kat PD. Last2, kitorg ikut jalan lame...rade dekat tapi nak tercabut jantung aku, jalan bengkang benkok..rase nak patah pinggang bile diorang dok wat jalan tu can litar F1...adus... sampai rumah shahril terus makan (lapar gilerrrr), mandi n tido..zzzzzzzzzzzzz...........

01 October 2009

Raya 2009 di Kelantan

Tahun ni aku ngan family beraya di kampung suami...Tumpat Kelantan. Meriah jugak sebab mase ni boleh kumpul n jumpe sumer family. Yang best nya, sehari sebelum raya, mak sedara nak buat akikah cucu dia...so, sembelih 2 ekor kambing biri2. Tukang melapah kamping punye le ramai...termasuklah 2 orang budak kecik yang turut menyibuk...bukti disertakan di bawah...
baju biru: "ko pegang...bile aku cakap tarik, ko tarik kuat2 tau..!!"
baju merah: "takpe ke...??? Nanti mama dia tak marah ke kite tarik dia ni..??"
baju biru: "Takpe..mama dia pegi shopping raya..ok...1..2..3..tarikkk..!!"
baju merah: "Adus...nak terkentut aku tarik kambing ni..."








Atuk:"Bulu kambing biri ni..wat baju sejuk best jugak nih!!" Cucu:
"Kambing...nak salam!! Selamat Hari Raya..! Nak duit raya!!"

















Zhafran: "Baba...kenapa baba buka baju kambing ni??"
Baba: "Baba nak mandikan dia...sebab tu buka baju.."
Zhafran: "Tapi kenapa sapu bedak sebelum mandi?? Biase Baba mandi zhafran dulu baru sapu bedak.."
Baba: Ni bukan bedak...ni sabun...(banyak tanye pulak budak ni!!)"

Zhafran: "La...macam ni je mandikan kambing???"
Baba: "Ok le tu...jimat air..hehehe.."



Zhafran: "Fuh...penat aku melapah kambing ari ni...Pecah lemak-lemak aku..nak tido lah...kumpul lemak balik.."

Sekitar Raya 2009