14 October 2009

Bonda yang kusayangi


Inilah wajah bonda tersayang, Maimun Binti Haji Yusof. Seorang wanita yang telah banyak berjasa kepadaku dan keluarga. Memandang tapak tangan mak yang kasar mengingatkan aku betapa tangan itulah yang telah menyuapku, memelukku, membelaiku, menenangkanku. Melihat wajah mak yang semakin dimamah usia mengingatkanku bahawa wajah itulah yang mendamaikan hatiku, memujuk aku dan membesarkan aku di dalam kasih sayang. mak, pengorbanan mak terlalu besar untuk dihitung...

No comments: