02 December 2008

Kamus Pak Pandir

Hackers - orang yang makan gula-gula hacks :)

Farhan n Zhafran



Ni gambar anak abang aku, Farhan. Gambar ni diambil mase aku dalam pantang zhafran. Sungguh2 dia jaga baby zhafran... zhafran pulak...as usual....tido...tido...tido...

Adik aku, shahril akan melangsungkan perkahwinannya insyaallah pada bulan mac 2009. Aku dah janji ngan mak nak buat langsir kawin. Aku cadang2 nak wat design cam kat sebelah ni. memang nampak rumit tapi puas hati kalau jadi. warna tema biru...aku nak match kan dengan badan langsir warna krim...malam tadi menjahit sampai kol 1 pagi baru siap untuk satu langsir tingkap..siap kena perli ngan abang ("ni kalau tak jahit langsir, kol 10 dah terbong kang dah.." hehehe)
p/s: sib baik zhafran tido pas maghrib, kalau tak aku rase zhafran yang tolong gunting langsir ni hehehe....

Amboiii....zhafran dah pandai mengorat pompuan ekk!! Buat-buat salam kunun....:)


SELAMAT ARI RAYE!!!

:) Zhafran muke bengang coz ngantuk n nak tido time nih!!

14 October 2008

The wonderful of Eid Mubarak

Tahun pertama aku dan suami merayakan hari raya bersama anak tersayang, Muhammaf Zhafran Afeef. Hidup terasa ceria sangat apabila orang yang aku sayang berada di sekeliling. Itulah nikmat hari raya yang tak dapat ditukarganti. Di pagi raya suasana ceria bertukar menjadi syahdu apabila upacara memohon maaf dimulakan oleh abah ngan mak, diikuti abang ngah, kaknyah, mune, mar, farhan, jodi, kak yanti, nia, abang, aku, zhafran, shahril, adik, mira dan anje. Lepas bermaaf-maafan, baru le kitorang bergambar sakan + makan + minum + bersembang dan bergelak ketawa. Indahnya saat itu..........

12 August 2008

Exam??!!

Alahai....kedatangan aku ke UTHM kali ni bukan lah untuk meneruskan kuliah aku tapi untuk satu benda yang sangat penting iaitu EXAM!. Aku paling sedih bila kena tinggalkan zhafran ngan hubby aku...tambah pulak sekarang ni zhafran dah pandai panggil mama n baba. Sayu je rase nak tinggal dia. Dan as usual, dia pun cam tau je aku nak tinggalkan dia..terus demam + batuk + selsema. Mase aku nak gi kursus dulu pun macam tu, mesti dia demam. Ni yang wat aku tak sampai ati nak tinggalkan zhafran. Baba dia pulak sengaja dok usik aku...nanti nangis la...nanti meraung la...entahnye dia yang lebih2 daripada aku. Whatever la...yang pasti aku akan merindui zhafran dan abang..love u so much!

17 July 2008

My Full House

Hari ni nak masuk dua minggu aku n family dok kat umah baru. Lega rasa bile ade umah sendiri. Tak sangka sangat yang aku akan ada umah sendiri dalam masa terdekat ni tapi setelah berbincangan ngan my hubby, kitorang rase biar la susah2 sekarang asalkan ada harta untuk masa depan. Emmm....alhamdulillah proses pun tak amik mase yang lama...rezeki tu semakin murah..bersyukur sangat coz lepas kawin, banyak benda yang buat aku sedar akan sesuatu..rezeki tu dah dijanjikan oleh Allah S.W.T cume kena pandai control.. Biarpun aku ngan suami tak sempat lagi nak gi honeymoon (becoz of susah nak cuti n running out of money) dan bermewah-mewah...tapi sekurang-kurangnya kami hidup dalam keadaan yang selesa. Dan itu dah cukup memadai. Ditambah dengan kehadiran Zhafran...penat lelah aku balik dari kerja hilang sebaik nampak senyuman zhafran... :)

Aksi mengantuk yang terlampau


Aksi Zhafran




Haaa.............main getah rambut mama ye!!!!






Alamak!!! Kantoi!!!...hehehehehee

14 July 2008

My Heart




Ni gambar zhafran mase baru kuar dari bilik bedah. Kuar-kuar je dah pandai celik mata... tinggi muncung dari hidung hehehehe...

17 June 2008

Kursus DPLI

As usual, aku akan berangkat ke UTHM Johor untuk menyambung kursus diploma pendidikan aku. And for this time, i have to stay for 3 weeks...meraung la aku rindu giler baban kat hubby and baby. Sedih gile mase nak bertolak pada pagi ahad 15 jun 08 kol 9 pagi. My hubby ngan adik ipar(naif) antar aku ke stesen minyak petronas and then aku transit ke keta ayu utk gi ke johor. Kitorg arrived Johor around 4 pm gak coz benti byk kali and ayu pun bawak below 100 je since minyak dah naik ni. sampai je kat uthm kitorg terus check in ke hostel perwira but then quite tensen gak la coz dpt tingkat 4. Kurus aku camni...mane bole...hubby aku tak suke aku kurus-kurus ni..hehehe..(baik punye ayat)! so penat giler memunggah barang...malam tu aku terbongkang tak sedar diri... :)

30 May 2008

Hikayat 3

Kereta ferrari tidak sama dengan kereta kelisa.dibandingkan dari mana-mana sudut, ramai yang akan kata kereta ferrari adalah lebih bagus. kalau hendak diukur dari segi laju; dengan kedua-dua kereta tidak mempunyai masalah enjin atau tayar, kereta ferrari adalah lebih laju. kalau hendak diukur dari segi rekabentuk, melihat ferrari orang akan berkata 'wah' atau 'fuiyo'. melihat kelisa orang akan berkata 'hmm' atau tidak berkata apa-apa. kalau hendak diukur dari segi gaya dan nilai komersil, kita sudah biasa melihat kereta ferrari dalam adegan kejar-mengejar menggunakan kereta dalam filem-filem dari luar negara tapi di malaysia sendiri pun jarang ada adegan yang melibatkan kereta kelisa.prestijnya kereta ferrari ini menyebabkan ini digolongkan sebagai barang mewah dan menjadi kekaguman kepada ramai orang. bagi orang lelaki dapat memecut ferrari di lebuhraya memberikan 'serbuan adrenalin' yang hampir menyamai kepuasan melakukan aktiviti-aktiviti lasak. bagi orang perempuan - kadang-kadang gaya dan kelihatan hebat adalah nombor satu. biasanya perempuan yang cantik-cantik sahaja yang menjadi kelindan kereta ferrari dan jika dapat berada di dalam kereta ferrari itu sudah dianggap satu bonus, digolongkan dalam golongan wanita cantik adalah bonus berganda.tetapi ada helahnya di sini.sebagus manapun ferrari, adalah tidak dapat disembunyikan tentang perlunya duit yang banyak. membelinya sahaja sudah memerlukan banyak duit. menjaganya memerlukan lagi banyak duit - cukai jalannya sudah menyamai harga sewa rumah, duit minyaknya bukan seringgit dua ringgit sudah boleh penuh satu tangki, kereta cantik mesti selalu berkilat, kereta cantik mana boleh main letak di tepi jalan sahaja. dan yang tidak boleh dielakkan ialah hasad manusia - ada manusia yang tidak boleh lihat orang lain senang. buat salah sikit dengan orang, mulalah dicalarnya kereta cantik kita itu. nampak kita leka sikit, mulalah dicurinya kereta laju kita itu.dan ini menyebabkan kereta kelisa menang dari satu sudut - duit. kereta kelisa murah, hendak menjaganya juga murah. memang tidak laju, memang tidak bergaya, memang tidak begitu cantik tetapi memandu dan memilikinya membuatkan kita rasa senang hati - kurang pakai duit dan kurang merisaukan. berapa banyak sangat kereta kelisa yang kena curi?

Hikayat 2

kita guna air untuk macam-macam kegunaan.kita mandi guna air. kita basuh baju, basuh pinggan dan basuh kereta guna air. kita juga guna air untuk minum. ada orang guna air untuk bersukaria - contohnya orang yang bersukaria dengan air di sunway lagoon. ada orang guna air untuk siram pokok bunga. ada orang guna air untuk basuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah.orang zaman dulu ambil air dari sungai atau perigi. 'kaedah tradisional' ini membolehkan orang zaman dulu menggunakan air bertimba-timba tanpa perlu risau bekalan air akan terputus. zaman dulu tak ramai orang nak buat rumah atau berjudi dekat atas bukit, jadi sungainya jernih dan berarus deras. perigi pula jarang yang kering kecuali ada kemarau. kalau kering pun boleh digali lain.'kaedah moden' ialah menggunakan air yang disalirkan mengikut paip. orang zaman sekarang masih juga boleh menggunakan air bertimba-timba. bezanya, mereka terpaksa risau bekalan air akan terputus. putus kerana kemarau tidak apa kerana habis kemarau air ada balik. putus kerana paip bocor tidak apa kerana akan ada orang datang baiki. tetapi putus kerana terlebih guna yang perlu dirisaukan. sebabnya bila terlebih guna, kenalah bayar lebih.sebab itu 'kaedah moden' ini ada apa yang kita panggil kepala paip. gunanya untuk menutup air jika tidak sudah tidak mahu digunakan. juga kita ada apa yang kita panggil pelampung - yang biasanya digunakan di kolah tempat ambil air sembahyang dan pam tandas. tujuannya untuk menutup paip bila air telah mencapai tahap tertentu.oleh kerana kita akan guna air hari-hari, eloklah kita berjimat. seperti juga kita guna duit.saya guna duit untuk macam-macam kegunaan.saya beli majalah guna duit. saya beli cd lagu dengan duit. saya guna duit untuk beli makanan dan minuman. saya juga guna duit untuk peralatan makeup saya. Sewa rumah dan bil api air juga dibayar dengan duit.masalahnya saya menggunakan duit ini dengan 'kaedah tradisional' - guna sahaja tanpa risau duit akan habis. selagi ada duit selagi itu diguna untuk beli benda yang bukan-bukan. benda yang keperluan tidak pula selalu dibeli. duit gaji yang dapat bulan-bulan biasanya cukup-cukup sehingga duit gaji yang seterusnya; kadang-kadang sahaja ada sedikit bakinya. ke mana dihabiskan pun tidak diketahui.untuk itu saya perlu 'menyuntik' penggunaan duit ini dengan 'kaedah moden'. mesti ada 'kepala paip' - satu mekanisma kawalan yang boleh kawal keluar-masuk duit. bila ada keperluan sahaja baru guna. lebih elok kalau ada 'pelampung' - berbelanja sampai satu tahap kemudian tidak ada lagi duit keluar. duit ini tidak keluar bukan sebab sudah habis sebaliknya tersimpan pada tahap yang maksimum - macam air yang penuh dalam kolah.

Hikayat 1

Kata orang kita mati nanti kubur kita lain-lain.walaupun semasa hidup kita rapat bagai isi dan kuku tetapi bila kita sudah tidak hidup, belum tentu lagi kubur kita sebelah- menyebelah. sedangkan rumah atau kereta kita yang ada semasa kita hidup ini seboleh-bolehnya kita mahu berbeza dari rumah atau kereta orang lain, tentu sahaja kita tidak mahu berkongsi batu nesan yang sama dengan orang lain.jika matinya kita sudah lain-lain, inikan pula dengan hidup.hidup kita tidak sama dengan hidup orang lain. kita susah, ada orang senang. kita senang, ada orang susah. kita susah, ada orang lagi susah. kita senang, ada orang lagi senang. maka susah kita tidak sama dengan susah orang lain, senang kita tidak sama dengan senang orang lain.jadi kita perlu hidup dengan cara kita sendiri. kita perlu menjadi tuan kepada diri kita sendiri. apa kita nak buat, bagaimana kita nak buat, bila kita nak buat - semua itu adalah atas budi bicara kita sendiri. kita ada otak sendiri untuk berfikir, kita ada anggota badan sendiri untuk bergerak, kita ada naluri sendiri untuk bertindak. budi bicara kita itulah yang akan menentukan apa risiko yang kita akan tanggung. budi bicara kita itulah yang akan menentukan bagaimana kita akan hidup.kita akan berkata 'kita hidup ini hidup lain-lain. kita mati nanti kubur kita lain-lain. lalu mengapa perlu kita kepada orang lain?'memang betul kubur kita lain-lain tetapi siapa pula yang akan memasukkan kita ke dalam kubur kita yang 'lain-lain' itu?adakalanya saya juga akan mementingkan diri sendiri juga. kadang-kadang saya juga harus mengutamakan masa depan sendiri daripada masa depan orang lain. jika masanya betul, saya juga akan membuat keputusan yang sama. tetapi kata orang 'dengan melihat itu barulah kita percaya' - dunia ini sebenarnya bukan untuk kita hidup seorang-seorang.hidup ini kadang-kadang macam kereta api. kita yang jadi gerabak; kalau gerabak di depan tak bergerak, gerabak yang di belakang pun tak bergerak. kalau tidak bergerak pun yang lain sudah tidak bergerak, bagaimana kalau tiba-tiba kita mahu keluar dari landasan?

29 May 2008

Tanda Lahir

My baby got a tanda lahir kat left side of his dahi...lebih kurang sebesar cop ibu jari aku la..berwarna merah dan agak timbul. Sekali pandang cam peta la pulak...tapi tak tau le peta negara/ negeri mane. Yang pasti ramai org cakap "ni kalau hilang senang nak jumpe balik nih.." Ntah la...mintak2 anak aku tak hilang...minta jauhkan... Teringat lak pada citer Bella dan Harry Porter...mereka semua ada tanda di dahi dan masing-masing ade kelebihan masing2. Wish that tanda lahir will bring luck to my son's life. Minta dijauhkan dari sebarang bahaya dan dikuatkan iman ...amin...

Cute Babies

Zhafran berposing bersama sepupu-sepupunya..this picture was grabbed from my sister's blog..junegenie. Dari kiri Farhan (anak abang no 2), Zhafran (my baby), Dania (anak abang no 3) dan Balqis (anak sepupu). Majlis naik buai Zhafran-Mac 2008.

Kursus VB.net

Minggu ni (26/05/08 -30/05/08) aku ade kursus .net programming kat opis... Pensyarahnye Mr. Benjamin Wong..For the pass 2 days...no problem tapi untuk hari yang terakhir ni aku blank gile..mungkin sebab last day ni...chapternye makin sukar..belajar tentang ADO, OLE, SQL and thousands of syntax and codes...buat kepala aku pusing hehehe...

Gambar Zhafran (5 bulan)

Zhafran dah start meniarap mase umur 3 bulan setengah. Mase 5 bulan ni dia dah expert la meniarap..siap nak angkat bontot untuk merangkak lak..

Gambar Zhafran (4 bulan)

Ni gambar zhafran mase 4 bulan...saje bawak dia gi ofis aku...

Gambar Zhafran (3 bulan)

Ni adalah koleksi gambar anak aku..semasa berumur 3 bulan...


10.11.2007

Our First wedding annyversary!! Aku bagi hadiah yang tidak ternilainya kat husband aku...nak tau ape dia?? Aku selamat melahirkan anah sulung kami (baby boy) seberat 2.8 kg pada pukul 6.54 petang pada hari yang sama genap setahun perkahwinan kami. Baby yang comel itu diberi nama Muhammad Zhafran Afeef (Zhafran-Kemenangan, Afeef-Beriman).

10.11.2006

Hari yang paling indah dalam hidup aku. Aku telah selamat diijabkabulkan dengan Mohd Firdaus pada pukul lebih kurang 9.00 malam bertempat di rumah aku (Bidor, Perak). So, my status now bertukar daripada Cik ke Puan...syahdu rase apabila bergelar isteri orang..Yang pastinya aku perlu bersedia dengan segala dugaan di alam rumahtangga dan syurga aku sekarang brgantung kepada redho suami. Semoga Allah S.W.T memberkati rumahtangga kami, mengeratkan kasih sayang antara kami dan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah...AMIN...Majlis kenduri dibuat esoknye...11.11.2006 dengan meriah sekali..ni ade beberapa gambar kawin aku..

My Love Story

Mohd Firdaus B. Othman..the only man in my heart..Nak dijadikan cerita...aku kenal ngan husband aku ni baru je lagi sebenarnye...dan tak sangka yang aku boleh tersangkut ngan mamat 'budu' ni...hehehe.. kenal ngan dia on net, around April 2005 and first dating pada 30.05.2005, time tu aku kerja kat putrajaya and Firdaus masih lagi study kat KL. So for our first dating...cam kelakor je...jumpe kat LRT Masjid Jamek..terus gi KLCC,time tu ade Pameran Hari Pengguna kat KLCC..so...bla..bla..kawan until setahun...then kitorang decided untuk bertunang on 27.05.2006. Aku tak pernah langsung jumpa dengan family Firdaus until hari kitorang bertunang...selamber je...sib baik family Firdaus terima aku seadanya..dan dengan citer, time Firdaus tunjuk gambar aku kat family dia..diorang dah cop lulus kat gambar aku..hehehe :) So..demi untuk menyelamatkan duit kredit untuk bergayut tiap2 malam ni, kitorang pun sepakat untuk mendirikan rumahtangga pada 10.11.2006...sempat le aku bergelar tunangan orang selama 6 bulan...jadik le...heheh.

















28 May 2008

My Blog


Welcome to My Blog!!