30 May 2008

Hikayat 2

kita guna air untuk macam-macam kegunaan.kita mandi guna air. kita basuh baju, basuh pinggan dan basuh kereta guna air. kita juga guna air untuk minum. ada orang guna air untuk bersukaria - contohnya orang yang bersukaria dengan air di sunway lagoon. ada orang guna air untuk siram pokok bunga. ada orang guna air untuk basuh kaki sebelum masuk ke dalam rumah.orang zaman dulu ambil air dari sungai atau perigi. 'kaedah tradisional' ini membolehkan orang zaman dulu menggunakan air bertimba-timba tanpa perlu risau bekalan air akan terputus. zaman dulu tak ramai orang nak buat rumah atau berjudi dekat atas bukit, jadi sungainya jernih dan berarus deras. perigi pula jarang yang kering kecuali ada kemarau. kalau kering pun boleh digali lain.'kaedah moden' ialah menggunakan air yang disalirkan mengikut paip. orang zaman sekarang masih juga boleh menggunakan air bertimba-timba. bezanya, mereka terpaksa risau bekalan air akan terputus. putus kerana kemarau tidak apa kerana habis kemarau air ada balik. putus kerana paip bocor tidak apa kerana akan ada orang datang baiki. tetapi putus kerana terlebih guna yang perlu dirisaukan. sebabnya bila terlebih guna, kenalah bayar lebih.sebab itu 'kaedah moden' ini ada apa yang kita panggil kepala paip. gunanya untuk menutup air jika tidak sudah tidak mahu digunakan. juga kita ada apa yang kita panggil pelampung - yang biasanya digunakan di kolah tempat ambil air sembahyang dan pam tandas. tujuannya untuk menutup paip bila air telah mencapai tahap tertentu.oleh kerana kita akan guna air hari-hari, eloklah kita berjimat. seperti juga kita guna duit.saya guna duit untuk macam-macam kegunaan.saya beli majalah guna duit. saya beli cd lagu dengan duit. saya guna duit untuk beli makanan dan minuman. saya juga guna duit untuk peralatan makeup saya. Sewa rumah dan bil api air juga dibayar dengan duit.masalahnya saya menggunakan duit ini dengan 'kaedah tradisional' - guna sahaja tanpa risau duit akan habis. selagi ada duit selagi itu diguna untuk beli benda yang bukan-bukan. benda yang keperluan tidak pula selalu dibeli. duit gaji yang dapat bulan-bulan biasanya cukup-cukup sehingga duit gaji yang seterusnya; kadang-kadang sahaja ada sedikit bakinya. ke mana dihabiskan pun tidak diketahui.untuk itu saya perlu 'menyuntik' penggunaan duit ini dengan 'kaedah moden'. mesti ada 'kepala paip' - satu mekanisma kawalan yang boleh kawal keluar-masuk duit. bila ada keperluan sahaja baru guna. lebih elok kalau ada 'pelampung' - berbelanja sampai satu tahap kemudian tidak ada lagi duit keluar. duit ini tidak keluar bukan sebab sudah habis sebaliknya tersimpan pada tahap yang maksimum - macam air yang penuh dalam kolah.

No comments: