18 March 2011

Rezeki dariNya

Entry ni agak sensitif sikit...kalau ahli keluargaku yg baca minta jgnbgtau mak lagi huhuhu.... Rezeki yang Allah kurniakan buat keluarga ku...mmg sgt2 mengejutkan aku dan suami. Nampaknya eka tak sempat nak bermanja lama... aku disahkan mengandung lagi... Aku bersyukur dengan rezeki Allah ni, cuma kesian kat eka...baru nak bermanja dengan mama n baba...lagi beberapa bulan dah kena bagi can kat adik dia pulak...Dan sampai sekarang aku tak berani nak buka mulut bagitau kat mak.... mak cepat sgt risau...tambah2 pulak aku baru je lepas operation, lagilah dia risau nanti. nak bagitau macam mana pun tak tau...nampaknye eka ngan adiknya setahun sorang la pulak. Eka lahir januari 2010, dan baby ni dijangka lahir november 2011...hwaaaaaa.... kalau kaknyah baca entry ni mesti kaknyah nyanyi lagu kelantan tu...lagu dok dukung anak setahun sorang...huhuhuhu........

Ujian Allah

Alhamdulillah...aku dah berjaya melepasi salah satu ujian dariNya...7/3/2011 yang lepas aku telah selamat menjalani pembedahan membuang batu karang di hempedu ku... Berakhirlah azab menahan sakit selama beberapa tahun dan kemuncaknya pada Krismas 2010 lepas. Bulan januari 2011 aku terus wat checkup Hospital Pantai dan bawa result utk appointment pakar di Hospital Ipoh. Mungkin keadaan aku nampak cam kritikal, terus je doktor pakar set tarikh utk operation. Kalau ikut-ikutkan bukan senang dan cepat nak dapat buat operation kat Hospital kerjaan ni...mungkin rezeki aku kot.. Walaupun dah dua kali aku dibedah (dua-dua sebab bersalin), tapi kali ni aku rase berdebar sgt. Masa operate bersalin dulu doktor bius separuh je, aku sedar la time tu. Tapi kali ni doktor bius penuh....takutnye rase... Tapi kukuatkan juga semangat demi meneruskan hidup. Pagi isnin tu, abang bawak aku pg hospital seawal pukul 7 pagi. Anak2...emmm..dgr je cite aku kena operate, mak mentua n pak mentua aku terus je dtg ke perak...so, diorg le jaga anak2 kat rumah...lega rasa hati. Aku masuk ke dewan bedah dalam kol 8.30 pagi dan keluar jam 12 thari. Terima kasih buat suami tersayang yang setia menunggu di liar bilik bedah..aku kena tahan di wad untuk satu malam. Kelaur je dr bilik operation, aku rase pening, nak muntah, sakit tekak dsb...kesan bius masih kuat rupenye.. Alhamdulillah, keesokan harinya, aku dah boleh keluar wad dan diberi cuti selama seminggu...ok, masa untuk berehat dan berpantang lagi huhuh...3 kali pembedahan, dah ada 6 parut di perutku...Yang kelakarnya bile mak tanye.."Rase cam bersalin pulak, mana babynye...?"...aku pun jawab.."ni haaa babynye..." sambil tunjuk batu karang sebesar biji getah huhuhuhu....