14 October 2008
The wonderful of Eid Mubarak
Tahun pertama aku dan suami merayakan hari raya bersama anak tersayang, Muhammaf Zhafran Afeef. Hidup terasa ceria sangat apabila orang yang aku sayang berada di sekeliling. Itulah nikmat hari raya yang tak dapat ditukarganti. Di pagi raya suasana ceria bertukar menjadi syahdu apabila upacara memohon maaf dimulakan oleh abah ngan mak, diikuti abang ngah, kaknyah, mune, mar, farhan, jodi, kak yanti, nia, abang, aku, zhafran, shahril, adik, mira dan anje. Lepas bermaaf-maafan, baru le kitorang bergambar sakan + makan + minum + bersembang dan bergelak ketawa. Indahnya saat itu..........
12 August 2008
Exam??!!
Alahai....kedatangan aku ke UTHM kali ni bukan lah untuk meneruskan kuliah aku tapi untuk satu benda yang sangat penting iaitu EXAM!. Aku paling sedih bila kena tinggalkan zhafran ngan hubby aku...tambah pulak sekarang ni zhafran dah pandai panggil mama n baba. Sayu je rase nak tinggal dia. Dan as usual, dia pun cam tau je aku nak tinggalkan dia..terus demam + batuk + selsema. Mase aku nak gi kursus dulu pun macam tu, mesti dia demam. Ni yang wat aku tak sampai ati nak tinggalkan zhafran. Baba dia pulak sengaja dok usik aku...nanti nangis la...nanti meraung la...entahnye dia yang lebih2 daripada aku. Whatever la...yang pasti aku akan merindui zhafran dan abang..love u so much!
17 July 2008
My Full House
Hari ni nak masuk dua minggu aku n family dok kat umah baru. Lega rasa bile ade umah sendiri. Tak sangka sangat yang aku akan ada umah sendiri dalam masa terdekat ni tapi setelah berbincangan ngan my hubby, kitorang rase biar la susah2 sekarang asalkan ada harta untuk masa depan. Emmm....alhamdulillah proses pun tak amik mase yang lama...rezeki tu semakin murah..bersyukur sangat coz lepas kawin, banyak benda yang buat aku sedar akan sesuatu..rezeki tu dah dijanjikan oleh Allah S.W.T cume kena pandai control.. Biarpun aku ngan suami tak sempat lagi nak gi honeymoon (becoz of susah nak cuti n running out of money) dan bermewah-mewah...tapi sekurang-kurangnya kami hidup dalam keadaan yang selesa. Dan itu dah cukup memadai. Ditambah dengan kehadiran Zhafran...penat lelah aku balik dari kerja hilang sebaik nampak senyuman zhafran... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)


.jpg)